Bahan Kursus Anda 1. Manual Kursus dengan 20 pelajaran2. PERCUMA: CD Video dengan 14 video sepanjang 45 minit. 3. Manual Pelajar yang menerangkan kaedah mengikuti kursus dan menjalankan CD. 4. CD-ROM Kursus dengan 20 pelajaran tambahan! 5. Manual Latihan + Ujian 6. Sijil Kursus Pengetahuan IT COMPU Studies. Untuk Siapa Kursus Ini? Sesiapa sahaja yang tidak mempunyai asas IT atau buta IT. Kursus ini akan membantu anda mengenali IT pada tahap asas.Keperluan Sistem Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows Xp, Vista atau Windows 7, 8. Pemacu cakera CD/DVD dan 240MB ruang kosong cakera keras. | ![]()
Untuk daftar kursus ini, sila klik di sini. Untuk dapatkan Senarai Harga kursus ini, sila klik di sini. |
Komen Pelajar Kursus Pengetauhan IT COMPU Studies “ Sebelum ini pernah saya mempelajari komputer tetapi saya tidak memahami asas komputer, namun setelah saya mengikuti kursus komputer ini pemahaman saya lebih mantap." - Muliadi Bin Muslimen, Taman Johor Jaya, Johor Bharu "Pengetahuan saya mengenai PC pada tahap asas terutamanya berkenaan topic Hardware & Software tetapi nota padat serta 'cyber moden' COMPU Studies amat membantu saya - dengan lebih jelas apa yang kabur kepada saya sebelum ini." - Mohd Ashaani Mohd Razali, Sungkai, Perak " Daripada tidak tahu lansung tentang komputer dan perisian, kini tidak perlu lagi tertanya - tanya bagaimana untuk mendapatkan komputer dan perisian terkini." - Wan Mohd Izwadi B Mohd Noding, Pasir Mas, Kelantan " Selama ini saya tidak pernah kursus yang best. Saya tidak pernah belajar tentang komputer tetapi saya begitu tertarik kursus komputer ini senang dipelajari walaupun saya sibuk berkerja." - Abdul Hadi Bin Adam, Yan, Kedah " Kursus ini telah memberikan kefahaman dan pengetahuan apa itu ICT dan bagaimana merancang untuk membeli set komputer yang baik dan berkuasa." - Dyaeimon B. Osman, Limbang, Sarawak " Sebelum ini pengetahuan IT saya sangat kurang. Dalam masa beberapa minggu sahaja saya rasakan seperti pakar IT kepada kawan - kawan yang tidak tahu tentang IT." - Mohd Yasree Bin Mohd Rodzi, Alor Star, Kedah " Kursus komputer ini sangat membantu saya dalam membeli komputer. Pada awalnya saya tak tahu apa - apa tetapi setelah mengikuti kursus komputer ini saya berani beli sendiri tanpa takut dan tertipu bahkan sekarang saya dapat membantu orang yang hendak membeli." - Ahmad Dayari, Nilai, Negeri Sembilan "Penerangan yang diberikan ringkas tapi padat. Tiada huraian yang panjang. Istilah - istilah yang digunakan agak mudah untuk diingat oleh pelajar." - Mohd Fairoz Affendy b Md Nordin, Manjoi, Ipoh " Dengan bantuan bahan kursus yang mudah difahami, bantuan CD dan gambarajah, memudahkan pendalaman asas ilmu berkaitan komputer." - Mohd Faizal Noor Bin Ariffin, Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur " Oleh kerana dah tua (73 tahun) baru nak kenal komputer maka agak lambat untuk memahami sesuatu topik yang disarankan. Alhamdulillah buat sedikit - sedikit akhirnya boleh merangkak juga." - Mohamed Nor bin Ahmad, Gelugor, Pulau Pinang " Kursus komputer ini membantu saya mengenali hardware serta software berkaitan komputer dengan baik serta teknik penjagaan komputer yang lebih selamat." - Rizki Bin Idris, Sungai Buloh, Selangor " Sebagai seorang pelajar saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghadiri kelas komputer di luar. COMPU Studies membantu saya dengan kursus gayapos ini." - Wan Mohd Saiful Bin Won Ab Rahman, Kuala Terengganu, Terengganu " Kursus komputer compu banyak membantu saya dalam memahami tentang komputer, saya yang selama ini jahil komputer sudah menjadi celik komputer." - Mohd Nazri Mohd Nor, Kota Bharu, Kelantan " Kursus pengetahuan komputer ini telah mendedahkan saya kepada pengetahuan IT yang luas dengan pembelajaran yang mudah difahami dan ringkas." - Shah Izwan Bin Juhari, Segambut, Selangor " Sekarang ini saya tidak lagi terganga apabila rakan - rakan saya bercakap tentang aksesori komputer." - Muhammad Ammar Bin Abdul Latiff, Batu Pahat, Johor "Semasa belajar di sekolah menengah saya megikuti pembelajaran IT secara langsung dan sekarang saya dapat mengikuti pelajaran ini dengan lebih sistematik dengan kursus gayapos di rumah." - Norhidayah bt Ibrahim, Jeli, Kelantan |