Siapa Kami

Misi COMPU Studies
Kami percaya pendidikan adalah hak asasi setiap individu. Penimbaan ilmu dan kemahiran sepatutnya dijadikan sesuatu yang mudah diperoleh dan boleh dinikmati oleh segala lapisan masyarakat. Kami percaya bahawa pengetahuan dan kemahiran IT adalah sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang dalam era teknologi maklumat dan globalisasi ini. Kursus – kursus komputer COMPU Studies direka sedemikian rupa untuk memberikan individu yang mengikutinya pengetahuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkannya dengan serta-merta tanpa membebankannya dengan maklumat mahupun kemahiran yang bercorak teori atau kurang digunakan. Kami berhasrat melahirkan pengguna yang tahu akan nilai maklumat di sekelilingnya dan tahu menggunakan berbagai teknologi yang ada untuk memproses maklumat tersebut demi meningkatkan produktiviti, nilai diri, pendapatan atau kualiti hidupnya. Kami lakukan ini dengan membenarkan peserta mengikuti kursus komputer yang berkualiti dengan cara mudah, pada harga yang rendah di mana jua beliau berada. siapa-kamiCOMPU Studies mula  beroperasi sejak tahun 1990. Semenjak itu kami telah mendidik ribuan pelajar dalam penggunaan IT dari seluruh pelusuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

COMPU Studies adalah organisasi swasta yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan kursus - kursus komputer melalui konsep pendidikan jarak jauh. Tumpuan kami adalah kepada bidang IT sepenuhnya dan kursus - kursus komputer kami memberikan imbangan teori dan praktikal yang baik bagi menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti kursus, mahir dalam topik yang dipelajari. Kami mengalu - alukan anda sebagai ahli baru keluarga kami yang semakin membesar.
Mengapa COMPU Studies Lebih Baik Dari Kelas Komputer Jaminan Kursus COMPU Studies
Pembelajaran melalui kursus komputer COMPU Studies adalah lebih baik dari menghadiri kelas IT luaran kerana:-

  1. Anda bebas belajar pada bila – bila masa di mana jua anda berada.
  2. Kos pembelajaran adalah lebih murah dari kelas IT luaran.
  3. Anda peroleh nota lengkap, berwarna, canggih, interaktif dan berkualiti.
  4. Dengan bahan kursus kami, guru ada di hujung jari anda 24 jam sehari, 365 hari setahun.
  5. Anda boleh kongsi bahan kursus komputer dengan sesiapa sahaja.
  6. Bimbingan dijamin sepanjang masa anda belajar dengan kami dan juga setelah anda tamatkan kursus komputer anda. Anda dianggap tetap pelajar kami sampai bila - bila masa. Tidak ada kos tambahan untuk khidmat sokongan pelajar ini.

Kami memberi jaminan bahawa kursus - kursus komputer kami menepati keperluan – keperluan berikut:-

  1. Ditulis dalam bahasa Melayu dan oleh itu mudah diikuti oleh pengguna komputer yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris.
  2. Bahan kursus lebih baik dari sebarang bahan untuk kursus yang sama dan setaraf dari IPTA atau IPTS.
  3. Selain dari yuran kursus semasa pendaftaran, tidak ada sebarang bayaran lain yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian kursus.