Kursus Digital Video Audio

Bahan Kursus Anda
1. CD-ROM Kursus Digital Video & Audio.
2. PERCUMA: Enam perisian multimedia yang original.
3. PERCUMA: CD Audio untuk kegunaan bersama kursus.
4. PERCUMA: CD MP3 untuk kegunaan bersama kursus.
5. PERCUMA: Video CD untuk kegunaan bersama kursus.
6. Sijil Kursus DVA atau DVA Pro COMPU Studies.

Untuk Siapa Kursus Ini?
Mereka yang ingin menggunakan komputer untuk memproses kandungan multimedia audio dan video dalam pelbagai bentuk seperti CD, VCD, DVD, CD MP3, telefon bimbit dan dari Internet. Guna kemahiran ini untuk kerjaya, menjana pendapatan atau sebagai hobi menarik.

Potensi Pendapatan Anda
1. Merakam CD Audio = RM25 sekeping
2. Buat VCD/DVD = RM50 sekeping
3. Tukar CD Audio ke MP3 = RM5 satu lagu
4. Rakam CD/DVD = RM25 - RM50 sekeping
5. Buat salinan CD/DVD = RM5 - RM10 sekeping
6. Buat Ringtone Khas = RM10 - RM25
7. Jual Ringtone = RM5 Satu
8. Ubah format Video / Audio = RM5 - RM25 satu fail
9. Membuat video = ratusan Ringgit satu projek!

Keperluan Sistem
Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows Xp, Vista atau Windows 7. Pemacu cakera CD/DVD dan 800MB ruang kosong cakera keras.
kursus-dvaBuat wang dengan komputer anda! Jadi pakar dalam memproses multimedia. MelaluiKursus Digital Video dan Audio anda akan belajar:-
  1. Bagaimana menghasilkan berbagai jenis CD/DVD seperti CD Audio, CD MP3, DVD MP3, VCD, CD-ROM, DVD Video, DVD-ROM dsb.
  2. Belajar teknik merakam CD/DVD berulang kali. Jimat kos dan masa.
  3. Ketahui rahsia memilih dan menggunakan cakera rakaman: CD-R, CD-RW, DVD-R, DVD+R, DVD-RW, DVD+RW.
  4. Belajar periksa kualiti rakaman CD/DVD.
  5. Belajar edit video dari VCD dan DVD.
  6. Belajar teknik salin lagu dari CD Audio/VCD/DVD/Internet dan buat MP3 anda sendiri.
  7. Belajar buat Ringtone dan videotone anda sendiri!
  8. Pindah ringtone, videotone, lagu dan video ke handphone atau pemain MP3/4 dan iPad anda!
  9. Belajar teknik menukar video dari satu format ke format lain (contoh 3GP ke MPEG).
  10. Belajar proses video dan audio dari sebarang sumber seperti telefon bimbit, pemain MP3/4, kamera digital, YouTube dan bermacam lagi.
  11. Belajar cipta video anda sendiri dari sebarang gambar dan video dari sebarang sumber.
  12. Masukkan kesan khas, muzik dan teks animasi.
  13. Rakam ke dalam VCD, DVD atau muat naik ke YouTube.
Buat hobi atau bisnes anda sendiri. Jana pendapatan. Seronok dan lumayan.


Untuk daftar kursus ini, sila klik di sini.

Untuk dapatkan Senarai Harga kursus ini, sila klik di sini.


Dua Versi Kursus
Kursus Digital Video dan Audio tiba dalam dua versi. Versi pertama adalah Kursus DVA dan versi kedua adalah Kursus DVA Pro. Kedua - dua kursus ini berlainan harga. Jadual di bawah menerangkan perbezaan kandungan kedua - dua kursus ini.

Kemahiran Kursus DVA Kursus DVA Pro
1. Bagaimana Memain CD Audio di Komputer ADA ADA
2. Bagaimana Mengesktrek Lagu dari CD Audio ADA ADA
3. Bagaimana Merakam CD Audio ADA ADA
4. Bagaimana Memain VCD di komputer ADA ADA
5. Bagaimana Mengestrek video daripada VCD ADA ADA
6. Bagaimana Mengedit video daripada VCD ADA ADA
7. Bagaimana Merakam VCD ADA ADA
8. Bagaimana Menukar Video ke Audio MP3 ADA ADA
9. Bagaimana Merakam CD/DVD MP3 ADA ADA
10. Bagaimana Merakam cakera CD/ DVD - ROM ADA ADA
11. Bagaimana Merakam cakera CD/ DVD+/ -RW ADA ADA
12. Bagaimana Memeriksa Kualiti Rakaman ADA ADA
13. Akses pada portal Kursus DVA ADA ADA
14. Akses pada portal Kursus DVA Pro TIADA ADA
15. Bagaimana Memain cakera DVD Video di komputer TIADA ADA
16. Bagaimana Mengesktrek video daripada DVD TIADA ADA
17. Bagaimana Menukar format DVD video TIADA ADA
18. Bagaimana Membina DVD sendiri. TIADA ADA
19. Bagaimana Merakam DVD Video TIADA ADA
20. Bagaimana Membuat Ringtone sendiri TIADA ADA
21. Asas Fotografi Digital TIADA ADA
22. Bagaimana Membuat Video Sendiri TIADA ADA

Komen Pelajar Kursus DVA COMPU Studies

"Kursus digital video dan audio anjuran pihak tuan amat menarik dan mudah dipelajari." - Mohamad Alhakiki Bin Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu

"Kursus komputer Digital Video dan Audio ini memang bagus ia dapat membantu saya untuk megetauhi perkara - perkara yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Ia juga meningkatkan mutu pengajaran dan pempelajaran saya." - Kumaran Balasundram, Teluk Intan, Perak

''Kursus digital video dan audio mempunyai kebolehan yang tersendiri. Disamping memberikan nota kursus ini juga memberikan latihan yang memerlukan penguasaan yang baik. Keseluruhannya kursus ini memuaskan hati saya". - Nazira bt Jamil, Bandar Jengka, Pahang

"Kursus Digital Video dan Audio COMPU Studies baik untuk dipelajari oleh pelbagai lapisan masyarakat." - Syahida Omar, Guar Chempedak, Kedah

"Kursus komputer sebegini amat baik sekali kepada golongan pelajar seperti saya. Ianya memberikan pendedahan awal berkaitan multimedia dan komputer. Taniah COMPU Studies!!." - Mardiana Bt Zakaria, Tawau, Sabah

"Melihat kepada semua bahan - bahan diatas adalah sangat jelas dan begitu memuaskan tapi tak tahulah dari latihan yang telah saya persiapkan dan telah pun menghantarnya, jadi saya belum pasti sangat sudah mahir sangat." - Evelyn Bunyau, Pasir Gudang, Johor

“Kursus digital video audio multimedia ini amat memuaskan, tenaga pengajar COMPU Studies mudah dihubungi sama ada dengan SMS/telefon bagi meyelesaikan masalah pelajar COMPU Studies." - Nasir Sarlan, Semporna, Sabah

"Keseluruhannya dalam kursus DVA ini telah memperluaskan lagi pengetauhan dan pemahaman saya dalam konteks DVA dan juga aplikasi padanya." - Shamsul Bin Abu Samat, Labis, Johor

"Tidak perlu saya mengadu dan saya dapati mudah difahami & tidak sukar dipelajari." - Mohd Moktar Bin Saad, Selekoh, Perak

“Kursus komputer multimedia video dan audio digital ini memberikan kefahaman jelas terhadap topic yang telah dipelajari. Ianya sangat berguna kepada saya dan dapat diaplikasikan dalam sebarang urusan.Terima kasih COMPU Studies ." - Ahmad Khazani Bin Abdul Wahab, Kemaman, Terengganu

“Dengan adaya kursus komputer seperti ini yang bertaraf IPTA dan IPTS dengan harga yang berpatutan, akan dapat melahirkan golongan celik komputer dari kalangan anak - anak berpendapatan rendah dan juga orang kurang upaya." - Zahidi Bin Hj Lamsah, Merlimau, Melaka

“Kursus DVA ini dapat membantu saya menguasai dan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang digital video atau multimedia kerana dulu saya adalah bekas pelajar Kolej Komuniti Segamat dalam Kursus Sijil Multimedia Kreatif (Animasi) semester 1 hingga semester 2. Ada juga modul yang miripnya sama seperti Kursus DVA. Tetapi modul itu berada di semester 2 hingga ke 4 sahaja. Boleh saya katakan yang Kursus DVA ini cukup menarik dan terbaik sekali berbanding kursus - kursus yang lain. Tidak perlu hadiri kelas-kelas yang diadakan, cuma belajar sahaja di rumah. Mudah kan?" - Hassan Bin Hj Othman, Felda Kamelah, Segamat, Johor