Kursus Pembasmian Virus dan Spyware

Bahan Kursus Anda
1. CD-ROM Kursus Pembasmian Virus & Spyware COMPU Studies.
2. PERCUMA: Perisian Anti spyware.
3. PERCUMA: Perisian Anti virus
4. PERCUMA: Perisian penjelajah Internet terkini.
5. Sijil Kursus Pembasmian Virus & Spyware COMPU Studies.

Untuk Siapa Kursus Ini?
Semua pengguna komputer yang bertukar maklumat melalui media seperti CD dan thumbdrive dan menggunakan Internet. Semua pengguna harus tahu bagaimana melindungi komputer mereka dari diserang virus dan spyware. Pengguna juga tahu langkah dan teknik betul menghadapi serangan virus. Hanya memasang antivirus sahaja tidak memadai sekiranya anda tidak tahu menggunakannya dengan betul.

Jimat dan Untung
Jimat kos baik pulih komputer (antara RM50 - RM400) setiap kali. Ambil upah pasang, scan dan basmi virus dan spyware (RM50 - RM100) setiap komputer.

Keperluan Sistem
Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows Xp, Vista, Windows 7 atau Windows 8. Pemacu cakera CD/DVD dan 290MB ruang kosong cakera keras.
kursus-virusBaik Pulih Komputer Anda!
Pernahkah anda mengalami mana - mana masalah ini:-
  1. Komputer anda semakin perlahan? Perjalanannya lembap dan selalu tergantung operasi (hang)?
  2. Fail - fail komputer anda selalu hilang?
  3. Program - program tak boleh dijalankan?
  4. Ruang cakera semakin penuh?
  5. Internet jadi perlahan dan tidak berfungsi lagi?
  6. Anda kerap hantar komputer ke kedai untuk di format? Namun selepas beberapa bulan rosak kembali?
Cegah semua masalah ini sekarang! Baik pulih komputer anda sendiri! Kursus Basmi Virus & Spyware ini mengajar anda bagaimana mengembalikan prestasi komputer kepada keadaan sediakala. Belajar:-
  • Bagaimana memerangi lima musuh utama komputer: Virus, spyware, trojan, worm dan hackers yang merosakkan komputer.
  • Belajar bagaimana mempercepatkan perjalanan komputer anda.
  • Belajar bagaimana melindungi komputer dari hackers dengan firewall.
Belajar dan jimat beratus Ringgit dalam kos baik-pulih dan penjagaan komputer. Komputer anda akan berterima kasih kepada anda!


Untuk daftar kursus ini, sila klik di sini.

Untuk dapatkan Senarai Harga kursus ini, sila klik di sini.

Komen Pelajar Kursus Pembasmian Virus & Spyware COMPU Studies

"Kursus ini telah menyakinkan diri saya untuk bekerja dengan komputer terutama bila komputer menghadapi masalah." - Rosman bin Seni, Kampung Sementa, Kelang, Selangor

 "Kursus komputer Pembasmian Virus dan Spyware telah memberi kesedaran yang mendalam tentang penjagaan komputer dan mengajar tentang seting - seting penting dalam Antivirus." - Zulkifly bin Zainuddin, Penaga, Butterworth, Penang

"Selama ini saya harapkan adik untuk mengemaskini antivirus di komputer saya. Jika adik saya lama tidak datang ke rumah saya, jadi komputer saya pun lama tidak 'update'. Sekarang saya lebih yakin dan tidak perlu harapkan adik lagi." - Norzahura Binti Ismail, Desa Mentari, Pj, Selangor

"Setelah saya mengikuti kursus komputer pembasmian virus & spyware ini, ianya telah membantu saya untuk mengawal komputer saya dari serangan virus dan lain - lain. Juga dapat jimatkan kos dan masa." - San Sufian Bin Ismail, Felda Belara, Kuala Terengganu

"Kursus virus dan spyware ini benar - benar membantu saya. Jika dulu komputer saya dan komputer pejabat selalu dihantar ke kedai, sekarang saya boleh membaik-pulihnya sendiri tanpa menghantar komputer ke kedai." - Victoria Mulis, Pusat Perhutanan Luasong, Tawau, Sabah

"Dengan tamatnya kursus virus ini, telah banyak saya pelajari dan yang penting saya sudah fahami tentang fungsi perisian antivirus dan antispyware untuk penjagaan komputer." - Masri Bin Besar, Kampung Tanjung Putat, Kuala Berang, Terengganu

"Kursus Pembasmian Virus & Spyware ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya penjagaan komputer. Kalau dulu saya cuma dengar nama virus dan spyware, sekarang saya sudah berupaya mencegah dan membasmi mereka." - Bayang Chundang, Nilai, Melaka

"Melalu kursus komputer ini saya dapat mencegah komputer sendiri dari serangan virus dan membantu kawan yang menghadapi masalah serangan virus." - Rohazeli Bin Sulong, Taman Sri Medan, Telok Panglima Garang, Selangor

"Setelah selesai kursus komputer pembasmian virus dan spyware, saya dapati sukatan pelajarannya sungguh bagus dan dapat membantu saya menambah pengetahuan tentang virus dan spyware. Ia banyak membantu saya dalam mengendalikan komputer yang telah dijangkiti dan cara berkesan untuk mengatasinya." - Nasyarudin Md Zin, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor

"Kursus virus dan spyware ini telah membantu saya dari tidak tahu apa - apa kepada tahu apa itu virus dan spyware dan menjadi guru pula kepada kawan saya di tempat kerja." - Mohd Rafie B. Ramli, Sekolah Men Keb Jengka Pusat 2, Bandar Jengka, Pahang

"Apa yang saya perolehi tidak dapat dibandingkan dengan harga kursus ini yang terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang saya perolehi." - Rusilawati Binti Syed Rahman, Taman Sri Raya, Ampang, Selangor

"Lebih murah daripada di tempat saya. Sebelum ini saya hanya tahu pasal virus sahaja dan tidak pernah sangka spyware juga banyak mendatangkan masalah. Segala apa yang diajar dalam kursus ini tidak pernah saya pelajari daripada sesiapa. Terima kasih Compu Studies." - Abdul Rahman Bin Alias, Kampung Lubuk Kasar, Bemban, Melaka

"Kursus dari COMPU Studies ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang bekerja tetapi semua lapisan masyarakat kerana kita boleh pilih masa yang sesuai mempelajari kursus ini. Harga kursus ini amat berpatutan dan mampu milik." - Muhammad Ridzuan bin Husni, Kampung Chuai Baru, Rembau, Negeri Sembilan

"5 Bintang!! Bagi saya yang kurang kemampuan belajar kursus speerti ini memang banyak membantu, dengan harga berpatutan. Serta menjimatkan kos servis komputer di kedai yang mengenakan harga yang mahal. " - Mohd Zahid Bin Abu Bakar, Bandar Indah, Sabah

"Saya rasa seronok kerana saya dapat kesan sendiri virus pada komputer saya. Kalau sebelum ini saya selalu bawa ke kedai komputer untuk dibaiki. Sekarang saya sudah boleh baiki/buang sendiri virus itu." - Adam Bin Mohamad, Kg. Kuala Medang, Pahang